Thursday, March 14, 2013

no subject

Saturday, December 03, 2005

[ My Life ] :: Soalan Maut

Aku menelefon seorang kawan semalam. Saja ingin bertanyakan khabar berita. Lagipun aku tengah boring. Tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba dia tanya aku satu soalan. Kebetulan pula dia seorang perempuan.

Macam mana kalau ada seorang perempuan yang membuat keputusan untuk menyukai awak sampai bila-bila biarpun awak tidak menerima cintanya? Apa yang awak akan lakukan ?

Aku jawap:

Saya tak tahu nak kata apa. Tak pernah terfikir soal itu. Lagipun saya tak berdaya untuk menerima kehadiran mana-mana perempuan dalam hidup saya buat masa sekarang. Saya kini lebih suka menumpukan perhatian terhadap benda-benda lain yang termaktub dalam objektif hidup saya. Errr atau saya suruh dia lupakan saja saya dan anggap saya sebagai seorang kawan.

Semudah itu ? Mungkin...

Kawan aku terus terdiam.

Nash:
Apa yang kamu akan lakukan ?

Friday, November 25, 2005

[ My Life ] :: Soal ?

Eh.. sudah masuk bulan November ker ?
Subhanallah. Dah lama tak menulis.
Bukan malas atau cuba beralasan.
Sebaliknya aku cuba untuk berfikir dan menyendiri.
Bukan merajuk atau melancarkan mogok.
Aku sekadar ingin membuat pilihan dan seterusnya membuat keputusan.
Keputusan yang akan membawa kepada kelancaran dalam perjalanan hidup aku.
Terlalu banyak perkara yang di luar jangkaan melanda hidup aku kini.

Soal cinta.
Soal kerja.
Soal keluarga.
Soal pelajaran.
Soal masa depan.
Soal lain-lain.
Aku tak nak semuanya berakhir sebagai satu persoalan.
Aku kini cuba untuk menjawap semua persoalan ini.
Hidup yang penuh persoalan tanpa jawapan adalah ibarat ada lilin tetapi tidak cuba untuk menyalakannya bagi menerangi kegelapan.

Nash:
Happy Belated Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Dan Batin :D

Friday, September 23, 2005

[ Puisi ] :: Pelangi

Pelangi
Sekian lama aku melihat hitam
kusaman pudar kian malap tanpa sinar
sesekali ku tunggu pelangi untuk melakar warna
mana tahu pelangi itu seakan malu lalu terlindung di sebalik awan.

Nash V. Khan
23 September 2005
11.16 pm


Nash:
Aku ingin mengubah warna kehidupanku

Tuesday, September 20, 2005

[ My Life ] :: Apa Yang Aku Suka....

Aku suka bangun pagi
hari-hari aku bangun pagi

Aku suka pergi keje
hari-hari aku pergi keje

Aku suka buat keje opis
hari-hari aku buat keje opis

Aku suka makan nasi lemak
hari-hari aku makan nasi lemak

Aku suka minum air milo
hari-hari aku minum air milo

Aku suka dengar muzik
hari-hari aku dengar muzik

Aku suka tengok animasi
hari-hari aku tengok animasi

Aku suka amik gambar
hari-hari aku amik gambar

Aku suka baca buku
hari-hari aku baca buku

Aku suka pergi pantai
hari-hari aku pergi pantai

Aku suka tulis jurnal
hari-hari aku tulis jurnal

Aku suka cari kawan
hari-hari aku cari kawan

Aku suka tengok awek-awek
hari-hari aku tengok awek-awek
hehehheheh

Nash:
Apa pula yang kamu suka ?

Wednesday, September 14, 2005

[ Dari Hati ] :: Merdekakah Kita ?

Aku sengaja tak nak letak entri pasal kemerdekaan. Sebaliknya cuba mencari definisi kemerdekaan yang sebenarnya. Mungkin ada orang kata mereka tahu pasal merdeka dan sejarahnya. Secara amnya aku bersetuju dengan kata-kata mereka walaupun hati aku terasa berat untuk mengiyakan.

Adakah kita merdeka sepenuhnya ?

Setiap kali 31 Ogos, kita akan melaungkan perkataan "Merdeka, merdeka, merdeka" di Stadium Merdeka, balai raya, kedai kopi atau depan tv. Namun tidakkah kita merasai apa itu erti kemerdekaan yang sebenar.

Pada pandangan aku, kemerdekaan bukan sekadar bebas dari cengkaman penjajah tapi bebas dari segalanya. Mempunyai hati yang bersih, cekal, jujur dan ikhlas adalah sebahagian daripada jiwa yang merdeka. Kalau sekadar nak melaungkan aksara M E R D E K A yang mewujudkan kata MERDEKA di disko, kelab malam atau konsert-konsert yang menjurus ke arah kemaksiatan baik tak payah.

Aku tidak boleh tulis panjang lebar kerana semua sudah boleh menilai sendiri perkara seumpama ini. Buang masa aku juga menulis sesuatu yang orang sudah tahu.. tetapi aksi kemerdekaann ya masih ditakuk lama. Jadi sampai bila kita harus berpura-pura di sebalik tirai kata MERDEKA ?

Nash:
Kita kata kita bebas sedangkan tubuh kita masih melekit berlengas

Sunday, August 28, 2005

[ My Life ] :: Hello Office - Hari Ini Aku Kerja 1

Hari ini hari Ahad.
Aku keje macam biasa walaupun boring.
Jarang sangat dapat pos entri terbaru kerana agak sibuk dengan kerja.
Sibuk ? Iya. Sibuk dengan keje-keje yang sama. Pagi, petang, siang dan malam.
Kadang-kadang semua nie buat aku jadi bosan.
Hari-hari setiap kali sarapan, minum teh tarik bersama roti canai memungkinkan tekak jadi loya dan muak.
Sesekali kena juga tukar selera. Baru tekak rasa selesa dan sedikit up to date.
Kita bebas memilih apa saja menu harian yang kita suka. Soal sedap atau tidak lain cerita.
Dah kita pandai-pandai nak pilih menu kita, maka tanggunglah segala kesannya bila perut mula meragam.
Sebaik-baiknya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan cuba berlebih-lebih walaupun kejayaan itu sudah menjadi milik kita.

Nash:
Faham maksud aku ? Tak faham ? Buat-buat faham :)

Wednesday, August 24, 2005

[ Blog Talk ] :: Edisi Bermanja Dengan Monitor - Jatuh Cinta ?

Jatuh Cinta ?
Sewaktu menelusup paparan kata
aku keternampakan tubuhmu yang montok
menggoda jiwa sukma hati naluri
mataku terpaku tanpa malu
dalam sedar aku jatuh cinta terhadap dirimu
matamu, hidungmu, kakimu, wajahmu persis seorang pakar
tapi sayang dalam uncang tiada dinar
kalau tidak kau sudah lama bersama denganku
ah, tidak mengapa... aku sanggup menunggumu
biar hingga seribu tahun lagi
kau pasti 'kan menjadi milik si miskin ini :).

Nash V. Khan
24 Ogos 2005
11.19 am


Nash:
Aku jatuh cinta dengan kamera Canon EOS 350D & Nikon D70s lah :D

Friday, August 12, 2005

[ Lyrics & Song ] - Malay - :: Padi - "Menanti Sebuah Jawaban"

Aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku telah terpagut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

(Korus)
Sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan ‘tuk mencintaimu
setulusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawaban ‘tuk memilikimu

Betapa derunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku

(Repeat Korus)
Aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Nash:
Aku masih menanti jawapan si dia... bila agaknya kami bisa bersama.. chewahhh

Saturday, August 06, 2005

[ My Life ] :: Menang Lumba Foto Julai: Usang ?

Tajuk Foto: Kedai Pintu Kuning
Jurufoto: Nash V. Khan
Kamera: Canon PowerShot A400
Resolusi: 3.2 megapixel
Url: http://nashfotolapulak.fotopages.com

Tempat Kedua
Komen hakim: Biarpun pintu kuning tersebut kelihatan baru, ia memberikan kontra kepada dinding-dinding disekelilingnya. Pintu tersebut sebenarnya menyerlahkan keusangan pada dinding yang diselaputi lumut dan cat yang terkikis. Pemilik bangunan harus mengecat dinding selain pintunya saja.

Aku menang Lumba Foto Julai: Usang ?
Macam tak percaya pulak bila AyAres151 mesej aku kat forum GEJU bagitau aku menang tempat kedua. Aku sendiri tertanya-tanya bagaikan orang bingung. Hairan bin Ajaib pun ada sedangkan aku tak pandai sangat bab-bab 'snap' foto nie. Aku 'snap' pun hentam kromo, ikut sedap rasa dan perasaan. Lagipun ini kali pertama aku menyertai Lumba Foto anjuran GEJU dan foto-foto dari peserta lain juga hebat-hebat. Hmm yelah, dah menang aku terimalah dengan perasaan syukur takkan nak tolak pulak kan :D. Terima kasihlah buat para juri lumba foto kali ini kerana 'membiarkan' aku menang. Heheheh :)

Nash:
Aku nak terus berlumba lagi.. dan lagi.. dan lagi.. :) Posted by Picasa